fbpx

Wanita maut dikelar, suami ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

KAMPAR – Seorang wanita warga emas ditemui mati dengan kesan kelar pada leher dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Desa Cahaya, Gopeng di sini hari ini.

Mangsa berusia 74 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil di bilik tingkat bawah rumah dua tingkat yang turut dihuni suaminya.

Susulan kejadian itu, suami mangsa berusia 72 ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, kejadian hanya diketahui cucu pasangan itu setelah dihubungi suspek melalui panggilan telefon pada pukul 7.30 pagi.

“Cucu lelaki mangsa bersama ibu dan adiknya telah pergi ke rumah tersebut dan mendapati neneknya terbaring tidak sedarkan diri di atas katil.

“Terdapat kesan kelar pada leher mangsa selain menemui sebilah pisau di tepi mayat yang dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya di sini hari ini.

Mangsa merupakan orang kurang upaya (OKU) iaitu lumpuh separuh badan selain mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Suspek pula menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, selain perlu berjalan menggunakan tongkat.

“Mangsa hanya tinggal berdua bersama suaminya dan pemeriksaan mendapati tiada kesan pecah masuk di tempat kejadian.

“Kali terakhir anak perempuan mangsa menemui ibunya di rumah tersebut pada pukul 8 malam semalam dan tiada perkara yang mencurigakan berlaku,” kata Hasron Nazri.

Tambah beliau, cucu pasangan itu juga memberitahu, ketika dia sampai di rumah tersebut, suspek yang ditemui di pintu bilik ada mengatakan yang dia juga mahu mati.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

“Kita juga telah merampas senjata yang digunakan dalam kejadian itu dan menahan suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI