fbpx
Tangkap layar video yang dikongsikan oleh Hajijahkjl memaparkan individu yang mengintai di sebuah tandas awam, LRT Sentul.

Suspek menghendap wanita di LRT direman hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang suspek yang mengintai wanita di tandas di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sentul, di sini semalam akan direman hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni mengesahkan perkara itu.

“Untuk makluman suspek sudah ditangkap dan akan direman esok (hari ini),” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Kosmo! sebelum ini melaporkan mangsa yang mengalami sakit perut bertindak menggunakan tandas di stesen berkenaan sebelum menyedari kehadiran seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Difahamkan, suspek bertindak membuka bahagian siling tandas sebelum mengintai mangsa dari atas dengan menjulurkan kaki ke dalam ruang tandas tersebut.

Mangsa yang terkejut kemudian menjerit meminta bantuan, menyebabkan suspek melarikan diri dari lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN