fbpx

Jakim anjur program Bulan Falak Malaysia Tahun 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan program Bulan Falak Malaysia Tahun 2021 bersempena sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1443H/2021M.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan melancarkan program yang bermula 9 Ogos hingga 7 September itu.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, program itu bermatlamat memartabatkan ilmu falak melalui program bersepadu di peringkat kebangsaan dan negeri serta menjadikan bulan Muharam atau bulan pertama kalendar Islam sebagai Bulan Falak Malaysia.

“Pelaksanaan program ini diadakan secara dalam talian melalui media sosial rasmi Jakim, Jabatan Mufti Negeri, balai cerap atau lokasi cerapan rasmi Malaysia, masjid-masjid terpilih seluruh Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),” jelasnya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Abdul Aziz berkata, sempena Sambutan Bulan Falak Malaysia Tahun 2021,  Pelancaran Penggunaan Kriteria Imkanur Rukyah (KIR) Baharu MABIMS (dalam penyediaan Takwim Hijrah bermula Muharam 1443H) turut diadakan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI