fbpx

Tidak selesa berjiran dengan kubur, wanita jual rumah RM300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah ini yang mahu dijual pada harga yang sangat murah. -TikTok

JAKARTA – Seorang wanita menjadi tular di aplikasi sosial TikTok kerana mahu menjual kediamannya dengan harga yang sangat murah iaitu 1 juta rupiah (RM292.10) kerana terpaksa berjiran dengan tapak perkuburan, lapor laman Suara.com kelmarin.

Video yang dimuat naik di akaun TikTok @bro_tempe itu menunjukkan rumah berwarna berwarna hijau dan biru itu mahu dijual dengan harga yang terlampau murah.

“Rumah ini mahu dijual, murah-murah sahaja,” demikian tulis keterangan pada video tersebut.

Dalam video itu, dapat dilihat pemilik akaun itu yang merupakan seorang lelaki mendekati seorang wanita yang sedang menyapu sampah untuk bertanyakan kebenaran tentang harga rumah yang dijual.

Wanita itu mengiyakannya dan berkata ia dijual dengan harga yang dipamerkan. Pemilik akaun itu terkejut dan bertanya sebab ia dijual pada harga yang ‘tidak masuk akal’.

“Saya cuma tidak selesa dengan jiran tetangga,” katanya.

Pemilik akaun itu kemudian terkejut kerana jiran yang dimaksudkan adalah kawasan perkuburan.

Netizen yang melihat video itu meninggalkan pelbagai komen tentang video tersebut.

“Jirannya itu bukankah rumah masa depan?,” tanya seorang netizen.

“Mungkin jirannya itu tidak menghiburkan kerana apabila diajak berbual, dia tidak mahu,” tulis seorang lagi netizen. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI