fbpx

Pastikan tak ada ‘udang’ di sebalik ‘hadiah’ – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA menegur sikap penjual dalam talian yang gemar mengambil kesempatan terhadap selebriti sekiranya mahu menawarkan sesuatu perkhidmatan atau produk.

PETALING JAYA – Kesal dengan sikap tidak jujur sesetengah pihak, pelakon cantik Diana Danielle meluahkan teguran berhubung amalan suka mengambil kesempatan terhadap selebriti atau pempengaruh media sosial (influencer) yang kini menjadi trend kebanyakan peniaga dalam talian.

Kata Diana, mereka seharusnya berterus-terang dengan memberikan kenyataan jelas sekiranya mahu menawarkan sesuatu, sama ada produk atau perkhidmatan sebagai hadiah kepada selebriti.

Apa yang berlaku sebaliknya apabila terdapat sesetengah pihak mengambil kesempatan mendesak selebriti melakukan kerja tidak berbayar seperti mengharapkan mereka mengambil gambar, membuat video dan berkongsi produk tersebut dalam variasi akaun media sosial.

“Kadang-kadang orang kata nak hantar ‘hadiah’. Boleh tapi pastikan tak ada ‘udang’ di sebalik hadiah itu boleh tak? Bila barang sampai, diletaknya harapan untuk kita buat itu ini.

“Maksudnya itu bukanlah hadiah tapi komitmen yang dia letak kepada kita tanpa bertanya kalau kita betul-betul sudi atau tidak. Hadiah bermaksud tiada sebarang jangkaan atau harapan. Jangan tambah kerja saya. Kerja dah banyak. Jadilah ikhlas,” tulisnya dalam satu hantaran InstaStory semalam.

Luah pelakon drama Camelia itu lagi, pemberi hadiah sepatutnya memberi ‘arahan’ yang jelas sekiranya mahu menghantar sesuatu barangan.

“Bila sesiapa hantar barang, kita akan tag dan ucap terima kasih. Sebab guna ayat mudah dan jelas, cuma minta tag Instagram bisnes mereka.

“Tapi janganlah mesej cakap nak beri hadiah ikhlas tapi akhirnya bila barang itu sampai, minta kita ambil gambar banyak-banyak hantar kepadanya, muat naik dalam Instagram, buat TikTok dan tag akaun bisnes dia.

“Ini yang saya maksudkan tak jelaskan niat dan manipulasi. Guna perkataan hadiah supaya kita rasa baiknya dia. Tapi dia nak kita kerja pula,” ujar isteri kepada Farid Kamil itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI