fbpx

Guna lori bawa jenazah pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori MBSA diubah suai untuk dijadikan kenderaan membawa jenazah Covid-19. - Ihsan Facebook MBSA

PETALING JAYA – Satu klip video menunjukkan lori Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah diubah suai menjadi kenderaan membawa jenazah pesakit Covid-19.

Video berdurasi 1 minit 4 saat itu diiringi bacaan surah al-Fatihah selain memaparkan sepasukan petugas yang lengkap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) mengusung jenazah untuk urusan pengebumian.

Kelihatan ruangan dalam lori berkenaan mengandungi rak khas tiga tingkat di bahagian kiri dan kanan bertujuan menempatkan jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Petugas lengkap mengenakan PPE mengusung jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam. – Ihsan Facebook MBSA

MBSA menerusi kenyataan di laman Facebook berkata, pihaknya mengambil inisiatif untuk membantu mempercepatkan pengurusan jenazah pesakit Covid-19.

“Sebuah lori sedia ada milik MBSA telah diubah suai untuk dijadikan kenderaan membawa jenazah pesakit Covid-19 ke Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam.

“Kenderaan yang diubahsuai tersebut diharap dapat membantu mempercepatkan proses pengebumian jenazah pesakit Covid-19 dan memudahkan urusan semua pihak,” katanya dalam kenyataan tersebut hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI