fbpx

Vaksinasi walk-in diperluas ke seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memperluaskan vaksinasi walk-in kepada lima golongan tertentu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam di seluruh Malaysia dalam memastikan usaha vaksinasi terus dipertingkat di seluruh negara.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) berkata, lima golongan berkenaan meliputi warga emas, orang kelainan upaya (OKU), individu dengan komorbid berusia 18 tahun ke atas, individu terlepas suntikan dos kedua dan guru serta anggota kumpulan pelaksana dan pekerja perkhidmatan sokongan kontrak di institusi pendidikan Kementerian Pendidikan.

“Bagi individu terlepas suntikan dos kedua, mereka boleh pergi ke mana-mana PPV berhampiran dengan kediaman. Sekiranya PPV tersebut tidak menawarkan vaksin jenis yang sama dengan dos satu, mereka akan dirujuk ke PPV lain,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, CITF berkata, penduduk Lembah Klang yang tidak tergolong dalam mana-mana kategori di atas, namun ingin walk-in untuk dos pertama kerana tiada janji temu, mereka boleh berbuat demikian dengan mengunjungi PPV yang telah disenaraikan sebelum ini.

“Walk-in ke PPV yang telah disenaraikan sebelum ini juga kini dibenarkan mengikut waktu operasi PPV masing-masing dan tidak lagi bermula pukul 2 petang.

“Wanita hamil tidak digalakkan untuk walk-in, sebaliknya akan diberikan janji temu melalui MySejahtera mengikut jangkaan tarikh bersalin (EDD) ke PPV bersesuaian,” jelasnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI