fbpx

Langkah JAIS urus jenazah Covid-19 tepat, perlu dihormati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Langkah Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) menetapkan semula perlaksanaan pengurusan jenazah Covid-19 di Selangor adalah satu tindakan tepat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri agar JAIS dapat memastikan pengurusan jenazah Covid- 19 dapat berjalan lancar.

“Tindakan diambil JAIS perlu dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak sebagai suatu langkah kerajaan dalam menghadapi keadaan luar biasa dan tertekan akibat pendemik Covid-19 yang menyebabkan peningkatan jumlah kematian.

“Selain itu, beberapa ketetapan semula dilakukan JAIS dalam mengurus kematian akibat Covid-19 juga selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 14 Julai yang lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, JAIS telah melaksanakan pengurusan kematian berkuatkuasa pada 28 Julai lalu.

Sehubungan itu, katanya, JAIS diminta mengetuai dan menyelaras tindakan bersama agensi dan pihak-pihak berkaitan untuk memuktamadkan jalan penyelesaian terbaik dan praktikal.

“JAIS juga telah membuat ketetapan bahawa tiada sebarang kos perkhidmatan dikenakan kepada pihak keluarga dan waris di atas setiap pengurusan jenazah Covid-19.

“Manakala bayaran hanya dikenakan oleh pihak pengurusan tanah perkuburan secara terus kepada keluarga dan waris dibawah pentadbiran masing masing. JAIS hanya akan menguruskan jenazah Covid-19 yang telah dilepaskan (released) oleh pihak hospital,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri yakin kerjasama semua pihak memberi kesan yang baik dalam memastikan urusan kematian akibat Covid-19 dari kalangan umat Islam dan bukan Islam akan dapat berjalan dengan efesien, baik dan sempurna. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI