fbpx

JAIS digesa siasat kartel jenazah Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) digesa menyiasat dan segera menghentikan kartel jenazah Covid-19 di Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, ini berikutan masih terdapat aduan daripada waris yang telah menjadi mangsa dikenakan caj sehingga RM700 sehingga ada mencecah RM,1800.

Katanya, JAIS sebelum ini mengumumkan pengurusan Jenazah Covid-19 secara percuma di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bermula 16 Julai dan seluruh Selangor pada 28 Julai lalu.

“Setiap kali berlaku kematian Covid-19, emosi waris sangat terganggu dan tidak stabil kerana tidak boleh melihat, mencium, mendakap apatah lagi menguruskan jenazah dengan sendiri kerana kena patuh dengan arahan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Semasa inilah kartel jenazah Covid-19 akan mengambil kesempatan menyantuni waris semasa di hospital kerana dalam fikiran waris yang sedang bersedih mereka hanya mahu memastikan jenazah yang disayangi dikebumikan dengan segera,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasminya.

Beliau yang juga Penaung Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) memberitahu, pihak tidak bertanggungjawab telah mengenakan caj untuk proses tayamun hanya dilakukan di atas beg mayat di bahagian muka dan dua tangan serta solat jenazah.

Azmizam turut memberikan pergiraan iaitu sebotol debu tayamun adalah pada harga RM15, PPE dan beg mayat percuma disediakan pihak hospital, namun sekiranya PPE dibeli sendiri adalah berharga RM40 bagi satu set.

Solat jenazah pula adalah ikhlas dan sanitiasi jenazah daripada KKM dengan urusan tersebut hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit.

“Kegiatan ini semakin berleluasa semenjak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan perkhidmatan secara percuma, tetapi hanya disebabkan tidak bernaung di bawah JAIS telah tidak dibenarkan untuk menguruskan jenazah Covid-19 di Selangor.

“UKVJ telah berjaya menguruskan seramai 185 jenazah Covid-19 di HTAR selepas diberikan peluang pihak hospital itu bermula 18 Mei hingga 31 Julai dengan perkhidmatan secara percuma termasuk van jenazah serta ketika berurusan dengan forensik HTAR bagi pihak waris,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI