fbpx

KPKT sasar 1 PPR, 1 kebun komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida (dua kanan) turun padang melihat Kebun Komuniti di PPR Lembah Subang 2 baru-baru ini. Foto Ihsan KPKT.

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan setiap Projek Perumahan Rakyat (PPR) memiliki satu kebun komuniti bagi memperkasa komuniti bandar dan meningkatkan ekonomi serta kesejahteraan hidup.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, bagi mencapai hasrat itu, Dasar Kebun Komuniti Bandar (DKKB) diperkenalkan dengan menggariskan lima teras dan 17 strategi yang diharapkan menjadi panduan pelaksanaan dasar tersebut.

Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak 14 PPR mempunyai Kebun Komuniti dan berjaya menghasilkan tuaian sayur-sayuran yang terdiri daripada tanaman terung, kangkung, bayam, cili, kubis, kailan dan sawi.

“Melalui DKKB yang dilancarkan hari ini, kerajaan komited untuk memastikan kelangsungan program-program kebun komuniti yang telah diusahakan oleh komuniti PPR menerusi Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti (PSMK).

“KPKT juga telah meneruskan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan lain untuk menaikkan semangat komuniti bandar yang terkesan secara langsung akibat pandemik Covid-19. Sasaran DKKB ialah 1 PPR, 1 kebun komuniti,” katanya pada majlis pelancaran dasar itu yang diadakan secara maya, hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI