fbpx
Tertuduh, Ismail (kanan) bercakap dengan peguamnya, Ahmad Dasuki di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini.

Bekas kontraktor dituduh guna dokumen palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seorang bekas kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menggunakan dokumen palsu, empat tahun lalu.

Tertuduh, Ismail Ahmad, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan curangnya menggunakan satu dokumen sebagai tulen iaitu resit perniagaan Kejai Nursery berjumlah RM11,266 dalam urusan rasmi.

Tertuduh didakwa memiliki sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Pejabat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Stesen Kuala Ketil / Tawar di Baling pada 29 Ogos 2017. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR