fbpx

Selangor capai jumlah suntikan harian lebih 150,000 bulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Selangor berjaya mencatatkan kadar vaksinasi harian melebihi 150,000 suntikan dos vaksin pada bulan lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah itu melepasi sasaran diletakkan sebelum ini iaitu sebanyak 135,000 dos sehari.

“Pada 30 Julai dan 31 Julai, 159,000 dan 152,000 dos suntikan sehari dicatat, melepasi sasaran untuk bulan Julai sebanyak 135 ribu dos sehari.

“Alhamdulillah, menutup bulan Julai dengan kejayaan kadar vaksinasi harian di Selangor terus meningkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, jumlah itu tidak termasuk kadar vaksinasi harian Program Vaksin Selangor (SelVAX) iaitu 15,000 dos sehari.

“Kadar ini akan terus dipertingkatkan setiap hari. Terima kasih kepada semua petugas perubatan dan keselamatan yang terus komited memberi khidmat,” katanya. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI