fbpx

CAP kesal pencemaran Sungai Kim Kim berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang yang tercemar akibat pembuangan sisa kimia pada Mac 2019. Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyuarakan kekesalan berikutan berulangnya kejadian pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor, Rabu lalu.

Pegawai Luar Bandar CAP, Zulkifli Yusuf berkata, pihaknya terkilan kerana biarpun masalah itu serius dan berlaku sejak beberapa tahun lalu, namun sehingga kini tiada tindakan berkesan yang diambil.

“Justeru CAP menggesa kerajaan negeri Johor, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkuasa tempatan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan segera bagi mengatasinya.

“Masalah ini jika dibiarkan bukan saja boleh menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan itu, tetapi juga menutup mata pencarian nelayan yang menangkap ikan di sungai berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan Sungai Kim Kim yang pernah berlaku insiden pencemaran sebelum ini sekali lagi menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk apabila mendapati air bertukar kepada warna hitam serta bau busuk dalam kejadian Rabu lalu.

Siasatan pihak JAS mendapati pencemaran disyaki berpunca daripada pelepasan air sisa dari premis bukan industri yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sehingga menyebabkan air sisa tanpa dirawat mengalir memasuki sungai.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, CAP terkejut dan hairan berikutan pihak berkenaan gagal mengambil tindakan berkesan dalam mengatasi masalah itu serta berharap JAS menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan lebih tegas. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI