fbpx

Usah ‘londehkan’ lagi kain masing-masing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Firdaus Wong, Ebit LEw dan Nadir.
AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI,
WARTAWAN EKSEKUTIF

Pada minggu lalu, umat Islam dikejutkan dengan ‘perbalahan’ antara pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dan Ke­tua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Turut terpalit dalam isu ini adalah pendakwah Cina Muslim, Firdaus Wong Wai Hung yang menyatakan sokongannya terhadap penyanyi rap, Caprice.

Selain mereka, netizen juga terpalit dalam ‘perbalahan’ ber­kenaan sehingga masing-masing menggunakan pelbagai hujah dan idealogi mereka.

Bukan menyebelahi mana-mana pihak, tetapi apabila isu ini berkaitan dengan umat Islam, penulis merasakan ia perlu dihentikan dengan segera.

Usah ‘melondehkan lagi kain masing-masing’ kerana akan memberi peluang kepada musuh untuk ‘masuk jarum’ yang akhir­nya akan merugiakan kita semua.

Memetik perkongsian Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muien Abadi berkata, semua pihak yang ‘bertelagah’ perlu segera didamaikan kerana jasa dan pengorbanan mereka terlalu besar buat ummah.

Katanya, jika ‘perbalahan’ itu tidak ditangani, tanpa sedar api permusuhan dan kebencian ditiup dengan kencang hingga ke tahap melaga-lagakan insan yang sedang melakukan kebaikan.

“Seperti semua maklum, Nadir Al-Nuri kehilangan anak sulung kerana isteri yang sarat me­ngandung terpaksa merangkak di terowong bawah tanah yang dibom rejim penjajah, manakala Ebit Lew pula kehilangan ayah ketika sibuk membantu orang susah.

“Firdaus Wong pula berkali-kali diugut bunuh kerana usaha dakwah dan mencegah kemungkaran. Pengorbanan mereka hampir tiada taranya,” katanya.

Menurutnya, tiada siapa pun yang layak menghakimi ketiga-tiga insan ini kerana satu-satu­nya manusia yang sempurna dan bebas daripada dosa sudah pun wafat lebih 1,000 tahun yang lalu iaitu Nabi Muhammad SAW.

“Tiada lagi insan sehebat Rasulullah yang memimpin negara dalam keadaan kelaparan mengikat batu di perut baginda.

“Tiada lagi insan sesempurna Rasulullah yang bersegera me­ngagihkan harta benda baginda hinggakan wafat tanpa mewariskan kekayaan luar biasa kepada ahli keluarga,” ujarnya.

Tambah beliau, Allah menuntut kita untuk sentiasa berusaha mendamaikan saudara kita yang saling bermusuhan hingga ke tahap kita dibenarkan berbohong dan menipu demi mendamaikan antara dua pihak terbabit.

“Sungguh ruginya kita berpe­cah-belah dan berpuak sesama kita dalam keadaan penjajah terus ‘membantai’ saudara kita di Palestin, manakala ada antara kita yang terkesan dengan situasi hidup sekarang,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Per­­satuan Cina Muslim Malaysia, Prof. Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata, perpecahan akan mencetuskan suasana tidak aman serta membantutkan pembangunan bangsa serta negara.

Katanya, salah satu faktor terbesar yang boleh menyebabkan rosaknya peradaban bangsa dan negara ialah perselisihan dan perpecahan yang berpanja­ngan.

“Pengabaian terhadap etika, moral dan berbeza pendapat serta menjadikan ilmu sebagai modal untuk berselisih faham juga akan menghancurkan masyarakat.

“Islam tidak melarang perbeza­an pendapat, tetapi perlu dijaga adab dan etika, jangan sampai membawa kepada perpecahan da­lam kalangan umat Islam,” katanya.

Justeru, sebagai rakyat yang hidup dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama, amat penting untuk kita hidup dalam suasana yang harmoni serta saling hormat menghormati.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI