fbpx

6 kampung Orang Asli di Kelantan dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sejumlah enam perkampungan Orang Asli di Kelantan antara 40 lokaliti di negara ini yang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pos Brooke, Jajahan Gua Musang.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia meliputi Kampung Cekau, Kampung Jedip WCT, Kampung Seng Sang, Kampung Lojing, Kampung Sendrop dan Kampung Penangau yang didiami suku Senoi etnik Temiar.

“Di Pahang, dua lokaliti juga dikenakan PKPD iaitu Taman Amalina Lestari, Mukim Gali, Daerah Raub dan Ladang Bukit Berembun, Mukim Keratong, Daerah Rompin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Sabah pula merekodkan paling banyak lokaliti dilaksanakan PKPD bermula 30 Julai sehingga 12 Ogos depan antaranya daerah Tuaran, mencatatkan 11 lokaliti iaitu Kampung Betutai, Kampung Bolong Baru, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Lapasan, Kampung Serusop, Kampung Sungai Damit, Kampung Timbok, Kampung Simpangan, Taman Sri Rugading dan Taman Pelipok Ria.

Katanya, ia turut melibatkan lima lokaliti di daerah Penampang iaitu Apartment Taman Suria, Kampung Mangkadatan Notoruss, Taman Penampang Fasa 2, Country Heights Fasa 2 dan Fasa 3 termasuk bangunan kedai, selain Kampung Meruntum Fasa 3 dan PPR Sri Keramat di Daerah Putatan serta Kampung Pengalat Besar di Daerah Papar.

Hishammuddin berkata, ada enam lokaliti bahagian Sandakan dikenakan PKPD iaitu Flat LPPB Sri Taman; Lorong 1 hingga 8, Taman Kenari; Taman Mawar dan PPR Taman Murni serta Ladang Bukit Mas dan Ladang Linbar 1, Kinabatangan.

“Bahagian Tawau meliputi Kampung Lahat-Lahat di Pulau Sebatik, Taman Perwira Ranggu dan Blok 5 Kampung Titingan manakala Bahagian Pedalaman iaitu Kampung Mamaitom dan SKIM Kuala Tomani, Tenom serta Bahagian Kudat di Kampung Talantang 1, Kota Marudu dan Kampung Ayer,” katanya.

Hishammuddin turut memaklumkan, PKPD membabitkan penghuni kawasan Blok Angsana dan Blok Sumboi-Sumboi di Kampung Seberang Benoni, Daerah Papar dilanjutkan sehingga 12 Ogos kelak.

Bagaimanapun ujar beliau, empat lokaliti di negeri itu ditamatkan PKPD iaitu Kampung Lubak, Daerah Beaufort dan Kampung Melamim, Daerah Sipitang serta Kampung Landung Ayang, Bahagian Kudat termasuk di Bahagian Sandakan iaitu kawasan Blok 2, Blok 6 dan Blok 9, Projek Perumahan Rakyat Taman Mesra. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI