fbpx

Kapal TLDM adakan latihan dengan HMS Queen Elizabeth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Frigat KD Lekiu mengiringi HMS Queen Elizabeth pada latihan Passage Exercise (PASSEX) di perairan Selat Melaka.

KUALA LUMPUR – Kerjasama pertahanan antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Tentera Laut Diraja Britain (RN) diperkukuhkan lagi menerusi latihan Passage Exercise (PASSEX) melibatkan kapal perang masing-masing di perairan Selat Melaka.

Latihan ini buat julung-julung kalinya juga melibatkan kapal pembawa pesawat termoden dalam armada RN iaitu HMS Queen Elizabeth yang merupakan aset utama dalam Ketumbukan United Kingdom Carrier Strike Group 21 (UKCSG 21).

HMS Queen Elizabeth yang membawa pesawat tempur halimunan F-35B ini diiringi dua kapal pembinasa, dua frigat, dua kapal sokongan logistik dan kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat serta Tentera Laut Belanda

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM dalam satu kenyataan memberitahu, antara aset yang terlibat dalam latihan ini termasuk frigat KD Jebat, KD Lekiu dan pesawat Super Lynx.

“Kapal perang terlibat adalah HMS Queen Elizabeth, HMS Kent, USS The Sullivans dan HNLMS Evertsen. Ini adalah pelayaran sulung HMS Queen Elizabeth sebuah kapal pengangkut pesawat, di rantau ini.

“Selain komited terhadap keselamatan maritim dan kerjasama pertahanan negara rantau ini dengan mana-mana tentera laut sahabat, eksesais seperti ini meningkatkan persefahaman di lapangan,” kata kenyataan tersebut.

Difahamkan, HMS Queen Elizabeth bersama ketumbukannya kemudian akan meneruskan pelayaran ke Laut China Selatan untuk ke destinasi seterusnya iaitu Korea Selatan sebelum berlabuh di Jepun. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI