fbpx

Blummenfelt beri emas pertama buat Norway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BLUMMENFELT berjaya meraih pingat emas acara triathlon biarpun melakukan kesilapan pada awal saingan kelmarin. - AFP

TOKYO – Atlet Norway, Kristian Blummenfelt melakar kejutan apabila meraih pingat emas dalam acara triathlon lelaki pada Sukan Olimpik Tokyo walaupun melakukan kesilapan pada awal perlumbaan.

Atlet berusia 27 tahun tersebut menamatkan saingan dengan catatan masa satu jam 45 minit 4 saat sekali gus memberikan kilauan emas pertama buat Norway pada temasya Olimpik kali ini.

Atlet Great Britain, Alex Yee pada awalnya dijangka mampu memberi tentangan terpaksa berpuas hati mengakhiri perlumbaan tempat kedua sekali gus meraih pingat perak manakala Hayden Wilde dari New Zealand merangkul gangsa.

Acara tersebut menyaksikan saingan tiga penjuru di antara Kristen, Yee dan Wilde yang berjaya meninggalkan kelompok besar peserta lain untuk jarak sekitar 2.5 kilometer.

Sementara itu, malang menimpa buat pemenang pingat emas berganda dan juara bertahan, Alistair Brownlee dari Great Britain apabila faktor keletihan membuatkannya sekadar mengakhiri saingan kedudukan kelima di belakang atlet Belgium Marten Van Riel di tempat keempat.

Kevin McDowell dari Amerika Syarikat berada di tempat keenam, Bicsak Bence dari Hungary di tempat ketujuh manakala rakan sepasukan Blummenfelt, Gustav Iden menamatkan saingan di tempat kelapan. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI