fbpx

Yang Qian bidik emas pertama Olimpik buat China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penembak China, Yang Qian meraih emas pertama di Sukan Olimpik Tokyo menerusi acara 10m air rifle wanita.

TOKYO – Pingat emas pertama Sukan Olimpik 2020 berjaya dijelmakan pasukan China menerusi atlet berusia 21 tahun, Yang Qian selepas mempersembahkan aksi cemerlang dalam acara final 10m air rifle wanita semalam.

Lebih menarik, Yang Qian melakukan bidikan final tersebut dengan mencipta rekod final Olimpik selepas mencatat mata keseluruhan 251.8 mata.

Keputusan itu memastikan dia meraih pingat emas pertama buat China sekali gus mengatasi atlet Rusia, Anastasiia Galashina di kedudukan kedua dengan catatan 251.1 mata untuk meraih pingat perak.

Sementara itu, atlet Switzerland, Nina Christen berjaya meraih gangsa pertama di pentas Olimpik dengan catatan 230.6 mata keseluruhan.

Pada saingan tersebut, Yang Qian ketinggalan di kedudukan kedua namun bangkit selepas Galashina melakukan kesilapan 8.9 mata di final sekali gus membolehkan atlet China itu meraih emas pertama buat negaranya.

Penembak No.1 dunia dari India, Elavenil Valarivan pulang hampa apabila dia sekadar menduduki tempat ke-16 pada pusingan kelayakan dengan catatan 626.8 sekali gus gagal untuk bersama lapan atlet ke final.

Mengikut protokol akibat pandemik Covid-19, Yang Qian mengalungkan sendiri pingat emas itu di lehernya selepas mengambilnya di atas dulang yang diberikan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI