fbpx

Azizulhasni pilih simpan tenaga untuk menang emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI mendedahkan kegagalannya dalam acara pecut adalah taktikal pasukan bagi menyimpan tenaga untuk membawa pulang pingat emas.

BINTANG berbasikal trek negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang mempunyai lebih banyak masa melakukan persediaan terakhir bagi acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas saingannya berakhir untuk kategori pecut.

Azizulhasni, 33, mempunyai tempoh rehat sehari sebelum turun memulakan saringan keirin di Velodrome Izu esok selepas terkandas di pusingan 1/8 repechages kepada Jason Kenny dari Britain dalam acara pecut.

Pelumba dengan gelaran The Pocket Rocketman itu terpaksa menghadapi aksi repechages sebelum tewas kepada Jeffrey Hoogland dari Belanda.

Bagi Azizulhasni, pemenang pingat gangsa keirin edisi Rio 2016 itu menjelaskan, kekalahannya adalah taktikal pasukan bagi menyimpan tenaga untuk membawa pulang pingat emas.

“Kami buat percaturan untuk kalahkan pencabar utama (Hoogland) tetapi kalau kalah, kami tak akan cuba menang (aksi 1/8 repechages). Kalau menang, kami akan hadapi banyak lagi perlumbaan esok (hari ini).

“Kalau ikutkan saya boleh potong (Kenny) tetapi cuba tidak potong. Dia juga penat dan bergelut untuk menang sehingga muntah-muntah. Kami mahu simpan tenaga untuk acara keirin.

“Kami tiada peluang menang pingat untuk pecut, kami datang ke sini untuk keirin. Ia satu perlumbaan yang berbeza dan keirin adalah peluang terbaik untuk menang pingat emas,” katanya ketika temu bual bersama Astro Arena semalam.

Selain Azizulhasni, seorang lagi pelumba, Muhammad Shah Firdaus Sahrom juga gagal meneruskan kemaraan apabila terkandas di pusingan repechages kepada Sebastien Vigier dari Pe­rancis.

Jika kedua-dua pelumba negara menang pusingan 1/8 repechages, ia bermakna mereka akan menghadapi aksi suku ­akhir dan perlu menggunakan lebih tenaga seandainya mara ke separuh akhir hari ini.

Justeru, ia dilihat sebagai satu tindakan relevan yang diambil skuad berbasikal trek negara yang menjadikan acara pecut sebagai aksi pemanas badan selepas merasakan peluang memenangi keirin lebih cerah.

“Saya belum penat dan tiada apa yang saya risau. Misi tetap untuk menang emas dan harap­nya kami berdua dapat masuk final (keirin),” jelas Azizulhasni.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI