fbpx
Pesawat Icelandair terbang rendah di Vestmannaeyjar. - VAsir

Pesawat terbang atas bumbung disangka terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REYKJAVIK – Seorang juruterbang penerbangan Icelandair mencetuskan kebimbangan ramai selepas menerbangkan pesawat Boeing 757 pada altitud sangat rendah di atas bandar kelahirannya bagi meraikan persaraannya, lapor akhbar New York Post.

Juruterbang veteran, Kapten Olafur Bragason, 65, menamatkan penerbangan terakhirnya dalam penerbangan dari Frankfurt, Jerman ke Keflavik, Iceland  selepas empat dekad dalam industri itu.

Penerbangan itu membawanya ke kawasan zaman kanak-kanaknya di Vestmannaeyjar, sebuah kepulauan gunung berapi di selatan Iceland.

Bagi menjadikan hari perpisahannya lebih diingati, Bragason memutuskan untuk menerbangkan pesawat komersial bersaiz 47.2 meter panjang itu pada altitud kira-kira 100 meter di atas pulau-pulau yang indah sebagai penghormatan kepada tempat dia membesar.

Rakaman menunjukkan jet jumbo itu terbang pada altitud sangat rendah di atas pokok dan bumbung tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Penduduk dilaporkan agak cemas dengan laluan berbahaya itu, malah ada yang bimbang pesawat tersebut akan terhempas.

“Ini bukan amalan biasa. Ini adalah perkara sangat serius yang akan kami semak secara dalaman,” kata ketua juruterbang Icelandair, Linda Gunnarsdottir kepada media tempatan.

Data penerbangan, termasuk altitud akan dikaji semula sebagai sebahagian daripada siasatan, manakala Icelandair turut melaporkan kejadian itu kepada polis. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN