fbpx

Beasley kekal setia bersama Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI menzahirkan ucapan terima kasih kepada Beasley (kanan) yang selama ini merupakan watak penting kepada kejayaannya dalam arena sukan berbasikal termasuk Olimpik Tokyo 2020. – AFP

JAGUH berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang dilihat mahu mengekalkan barisan skuad terbaik berbasikal negara ketika bersemangat untuk kekal ber­saing pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis nanti.

Azizulhasni atau dikenali sebagai The Pocket Rocketman itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada jurulatih, John Beasley yang selama ini merupakan watak penting kepada kejayaan­­­n­ya dalam arena sukan berbasikal.

Katanya, walaupun lahir sebagai Mat Salleh Australia dan berkulit putih, tetapi jiwa gurunya itu sangat dekat dengan Malaysia.

“Terima kasih kepada jurulatih saya Beasley serta isterinya Vicky Beasley. Orang luar tidak dapat bayangkan akan pengorbanan beliau untuk saya dan juga skuad berbasikal negara. Teringat zaman muda remaja dahulu, ketika atas kapal terbang, Beasley selalu bagi flight meal beliau kepada saya dan katanya dia tidak lapar.

“Saya naif dan percaya bulat-bulat, walhal beliau nak saya tambah berat badan dan makan dengan cukup. Beliau sangatlah dihormati dalam arena lumba basikal antarabangsa.

“Malah, beliau sentiasa menjadi rebutan negara-negara luar akan tetapi Beasley kekal setia dan taat dengan Malaysia. Beasley bukan hanya seorang jurulatih kepada saya tetapi lebih daripada itu,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya semalam.

Dalam pada itu, atlet berusia 33 tahun itu turut berharap rakan senegaranya iaitu Muhammad Shah Firdaus Muhammad Fadhil Mohd. Zonis dan Anis Amira Rosidi dapat bersama-samanya untuk memburu impian ke Olimpik Paris nanti.

“Terima kasih kepada rakan sepasukan Shah Firdaus, Fadhil Zonis dan Anis Rosidi yang sentiasa bersama-sama dengan saya ketika senang mahupun susah. Kami sentiasa push each other dalam latihan, manakala di luar latihan pula kami saling membantu sesama sendiri untuk menuju ke puncak.

“Iron sharpens iron, untuk menjadi seorang yang bagus, kita perlu di kelilingi oleh orang-orang yang bagus dan kita kena bersaing sesama sendiri secara positif.

“Untuk membentuk satu legasi yang hebat, kita perlu sama-sama membantu menaikkan orang di sekeliling kita dan saya tersangatlah anti dengan mentaliti menjatuhkan orang lain dan sikap ‘akulah paling bagus dalam dunia ini’.

“Saya harap ketiga-tiga nama yang saya sebut ini akan bersama-sama dengan saya di Paris 2024 nanti, tiga tahun lagi,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI