fbpx

Atlet 13 tahun menang pingat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BROWN menjadi atlet termuda Great Britain dan juga peserta termuda yang berjaya meraih pingat pada temasya sukan Olimpik setakat ini selepas meraih gangsa semalam. – AFP

TOKYO – Atlet papan selaju Great Britain, Sky Brown menjadi atlet termuda negara itu memenangi pingat Olimpik selepas merangkul gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 menerusi acara papan selaju wanita.

Brown, 13, juga menjadi antara atlet termuda memenangi pingat pada temasya sukan terbesar dunia itu setakat ini selepas me­ngumpul 56.47 mata dalam aksi final yang berlangsung semalam.

Meskipun Brown sudah menampilkan aksi terbaik, namun dia gagal untuk mengatasi dua atlet tuan rumah, Sakura Yosozumi yang memenangi pingat emas serta Kokona Hiraki dengan pi­ngat perak.

“Satu aksi yang cukup gila. Saya sangat gembira kerana dapat mewakili negara dan datang bertanding dengan atlet-atlet terbaik di sini. Saingan yang sungguh menyeronokkan.

“Semua orang memberikan segala-galanya pada aksi final hari ini (semalam). Saya langsung tidak fokus terhadap kutipan mata, namun amat terkejut untuk melihatnya ketika saingan berakhir,” kata Brown.

Kejayaan memenangi pingat gangsa dianggap sangat bermakna buat atlet kelahiran Jepun itu memandangkan dia mengalami kecederaan retak tengkorak dan patah tulang tahun lalu.

“Insiden yang berlaku sebelum ini menjadikan saya lebih kuat dan gigih. Ia juga membuatkan saya lebih teruja untuk membuktikan kemampuan pada Sukan Olimpik,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI