fbpx
Orang ramai mengambil gambar Olympic Ring di Japan Sport Olympic Square pada 18 Mei 2019. -AFP

Kes varian Lambda di Jepun berkait dengan Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Sumber kerajaan memberitahu bahawa seorang wanita yang merupakan kes pertama jangkitan varian Lambda di Jepun mempunyai kaitan dengan temasya Sukan Olimpik 2020 yang berakhir baru-baru ini, lapor agensi berita Kyodo News kelmarin.

Wanita berusia lingkungan 30-an itu mengembara ke Peru di mana varian tersebut mula-mula dikesan dan dikhuatiri menjadi lebih mudah berjangkit serta lebih kebal terhadap vaksin.

Menurut sumber itu, wanita tersebut tiba di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo pada 20 Julai lalu bersama kad akreditasi Olimpik.

Institut Penyakit Berjangkit Nasional mengesahkan dia dijangkiti varian itu selepas didapati positif dalam hasil ujian Covid-19 yang dijalankan di lapangan terbang.

Sumber itu berkata wanita itu tidak mengalami sebarang simptom dan sudah dipindahkan ke kemudahan kuarantin.

Sehingga Ahad lalu, kes jangkitan Covid-19 yang dikaitkan dengan Olimpik 2020 adalah sebanyak 553.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melabel strain Lambda sebagai varian berkepentingan (VOI).

Varian Lambda belum dianggap sebagai varian yang dibimbangi di Jepun.

Ketua Institusi Nasional yang mempengerusikan panel respons pandemik Kementerian Kesihatan, Takaji Wakita berkata varian Lambda akan menjadi varian yang dibimbangi jika jumlah kes melibatkan varian itu meningkat. -Agensi

POPULAR