fbpx

Azizulhasni sedia ke Olimpik Paris 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI berharap kejayaan yang diraihnya akan menjadi inspirasi buat atlet generasi muda di Malaysia.

JAGUH berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang melontarkan keyakinan apabila beliau bersedia untuk meneruskan perjua­ngannya di pentas Olimpik de­ngan sasaran menyertai Sukan ­Olimpik Paris 2024 di Perancis.

Azizulhasni yang terkenal de­ngan jolokan The Pocket Rocket­man dilihat tetap bersemangat ketika diajukan soalan mengenai perancangannya selepas berakhirnya temasya sukan terbesar dunia di Tokyo 2020 kelmarin.

Atlet berusia 33 tahun itu menegaskan, beliau terlebih dahulu akan melakukan perbincangan semula dengan ketua jurulatih trek negara, John Beasley untuk merangka perjalanan skuad berbasikal negara ke Olimpik Paris 2024.

“Saya gembira dengan pencapaian ini walaupun saya tidak dapat membutirkan emas tetapi kita tahu pingat perak juga adalah pencapaian cukup besar bukan sahaja untuk saya tetapi buat negara.

“Sudah pasti perancangan seterusnya adalah untuk beraksi ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Pe­rancis. Seperti biasa, kami akan duduk berbincang bersama jurulatih, Beasley untuk merangka semula perancangan.

“Ketika ini, semangat dan keinginan saya masih kuat, malah saya juga tidak mengalami masalah fizikal. Jadi itulah matlamat saya selepas Tokyo. Selepas ini kita akan melihat semula pe­rancangan ke Paris 2024 nanti,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Dalam pada itu, Azizulhasni turut mengucapkan ribuan teri­ma kasih kepada jutaan rakyat Malaysia yang memberi soko­ngan padu kepada atlet negara yang berjuang di Olimpik Tokyo.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberi sorakan semangat dan kata-kata positif bukan sahaja untuk saya tetapi kepada seluruh kontinjen yang berada di Tokyo.

“Saya tahu semua rakyat Malaysia berada di depan kaca te­levisyen memberi sokongan dan kita dapat lihat sukan ini satu medium perpaduan kepada rakyat Malaysia. Saya harap perpaduan ini terus kekal sampai bila-bila,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI