fbpx

NSFC, Selangor FC 2 sekadar kutip 1 mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain baharu Negeri Sembilan, Kouassi Francis Kone (kiri) diasak pemain Selangor ll, Muhammad Izzul Adham Suhaimi (kanan) dalam perlawanan Liga Perdana di antara pasukan Negeri Sembilan FC menentang Selangor ll di Stadium Tuanku Abdul Rahman dekat sini hari ini. Foto IZZAT TERMIZIE

SEREMBAN – Perlawanan Liga Premier, antara Negeri Sembilan FC menentang Selangor FC 2 berakhir dengan keputusan seri 0-0.

Keputusan perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini itu memberikan setiap satu pasukan memperoleh satu mata malam ini.

Pasukan kendalian Michael Feichtenbeiner, membuat pertukaran pemain dengan mengeluarkan Muhammad Alifh Aiman Mohamad Rosman dan digantikan Nazrin Mohamad Nasir seawal minit ke-8.

Pada minit ke-40, sepakan penalti daripada ketua pasukan NSFC, Zaquan Adha Abd. Razak berjaya diselamatkan penjaga gol Selangor FC, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Perlawanan mendapat tambahan dua minit selepas tamat separuh masa pertama.

Pemain NSFC, Saiful Ridzuwan Selamat dilayangkan kuning pada masa tambahan. Sepakan Zaquan Adha pada minit ke-69 dari luar kotak penalti berjaya ditepis penjaga gol.

Perlawanan berakhir selepas tambahan masa tiga minit. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI