fbpx

119 kes varian baharu dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham.

PUTRAJAYA – Sebanyak 119 lagi kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan menerusi kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institusi Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Ia dikesan bermula 12 hingga 22 Julai melibatkan negeri Sarawak (76 kes), Selangor (14 kes), Pahang (lapan kes), Johor (enam kes), Perak (empat kes), Kedah dan Kuala Lumpur (masing-masing tiga kes), Pulau Pinang dan Negeri Sembilan (masing-masing dua kes) dan Kelantan (satu kes).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes tersebut adalah Variant of Concern (VOC) melibatkan 106 kes varian Delta (India) (sublineage B.1.617.2), 10 kes varian Beta (Afrika Selatan) (B.1.351) serta tiga kes varian Alpha (United Kingdom) (B.1.1.7).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 429 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan, 409 kes adalah VOC manakala, 20 kes adalah VOI,” katanya dalam satu kenyataan pada Facebook beliau di sini hari ini.

Ujarnya lagi, secara keseluruhan, sehingga kini bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 189 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI pula terdapat 13 kes varian Theta (Filipina), empat kes varian Kappa (India) (sublineage B.1.167.1) dan tiga kes varian Eta (Nigeria),” ujarnya. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI