fbpx

Pandemik tak jejaskan industri C&M – MCMC 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA –  Industri komunikasi dan multimedia (C&M) kekal mampan biarpun berdepan cabaran, dengan menyumbang 7.9 peratus, atau RM142.96 bilion, menurut Laporan Prestasi Industri (IPR) yang dikeluarkan bagi tahun 2020.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multmedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, tahun lalu merupakan tempoh mencabar bagi industri C&M berikutan pandemik Covid-19  yang mengakibatkan persekitaran pasaran terkesan terhadap permintaan serta kemunculan beberapa trend baharu.

“Namun, di sebalik cabaran-cabaran yang dihadapi, industri C&M kekal mampan berikutan meningkatnya permintaan terhadap perkhidmatan ditawarkan, hasil peningkatan transaksi dan pembelian dalam talian, hiburan, serta aktiviti belajar dan bekerja di rumah (WFH),” katanya di sini hari ini.

MCMC berkata, permodalan pasaran sektor telekomunikasi pada tahun lalu meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada RM134.42 billion.

“Seperti dijangka, penggunaan teknologi dan kesalinghubungan meningkat dengan mendadak oleh individu dan isi rumah, serta menyumbang kepada sentimen pasaran positif terhadap sektor ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pelan Jalinan Digital Negara yang dilancarkan pada Ogos tahun lepas bagi menambah baik infrastruktur digital dan kesalinghubungan berjaya mengurangkan kesan akibat pandemik terhadap sektor ini,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI