fbpx
ONN HAFIZ mendakwa ada pihak cuba memantau dan mengintip alat komunikasi miliknya selepas mendapat notifikasi daripada pihak Apple berhubung serangan perisian pengintip.

Telefon bimbit Onn Hafiz cuba dipantau, intip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Telefon pintar milik Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi cuba dipantau dan diintip pihak tertentu.

Menerusi muat naik di laman Facebooknya, Onn Hafiz berkata, perkara tersebut disedarinya apabila beliau menerima notifikasi amaran daripada pihak Apple berhubung cubaan serangan perisian pengintip atau ‘mercenary spyware’ terhadap telefon pintar yang dikaitkan dengan akaun peribadinya.

“Saya memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan keselamatan data, kerahsiaan komunikasi, hak peribadi serta cubaan pencerobohan terhadap ruang peribadi seseorang.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengintipan, pencerobohan digital dan penyalahgunaan teknologi untuk tujuan yang tidak bertanggungjawab,” tulisnya.

Beliau yang juga Pengerusi UMNO dan BN Johor akan membuat laporan polis dan mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Jelasnya, ini supaya siasatan menyeluruh dapat dijalankan serta tindakan sewajarnya diambil mengikut undang-undang.

“Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada sebarang pencerobohan dan penyalahgunaan teknologi yang boleh mengancam keselamatan serta hak peribadi individu,”katanya.

Terdahulu, media melaporkan BN Johor mengumumkan akan bertanding semua 56 kerusi DUN pada PRN akan datang selepas mengambil kira pandangan rakyat serta suara kepimpinan akar umbi, selain perbincangan bersama pucuk pimpinan parti.

Spekulasi mengenai kemungkinan berlaku PRN Johor semakin rancak selepas sidang khas DUN dikatakan akan diadakan pada 24 Jun ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN