fbpx

Netizen teka Elly Mazlein hamil anak lelaki?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR katil kanak-kanak yang dikongsikan Elly Mazlein.

UMUM tahu Elly Mazlein sedang hamil anak keduanya hasil perkahwinan dengan seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Azlan.

Sejak diumumkan berbadan dua, jarang Elly berkongsi perjalanan kehamilannya dalam media sosial. Mungkin lebih selesa dengan kehidupan privasi.

Namun, baru-baru ini Elly menarik perhatian umum dengan satu hantaran Instagram apabila berkongsi sekeping foto menunjukkan dua buah katil yang dibeli untuk anak-anaknya.

Dalam foto tersebut, Elly telah membeli dua buah katil iaitu berwarna merah jambu dan biru.

Disebabkan katil berwarna biru, ramai pengikut Instagramnya mula membuat andaian bahawa jantina bayi yang bakal dilahirkan ialah lelaki.

Malah ruangan komen turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada netizen.

“Wah! Biru selalunya untuk ‘baby boy’. Tahniah!” ucap seorang pengikut Instagramnya.

Tak sabar pula hendak tunggu pengumuman jantina daripada tuan punya badan. Perkara baik jangan simpan lama-lama ya. Semoga semua urusan dipermudahkan.

MIZZ LAHAR: Semoga isu antara Caprice dan Ustaz Ebit Lew baru-baru ini beri 1,001 pengajaran kepada semua orang. Jangan ‘busukkan’ agama dan bangsa hanya kerana kegagalan untuk mengawal emosi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI