fbpx

9/10 rakyat Britain miliki antibodi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita diberi suntikan vaksin di sebuah pusat vaksinasi di Britain. – Getty Images

LONDON – Data terbaharu menunjukkan sembilan dalam setiap  10 individu dewasa di Britain  memiliki antibodi Covid-19, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Angka tersebut menunjukkan bahawa dari 88.6 peratus orang dewasa di Scotland, 92.6 peratus orang dewasa di Wales, 90 peratus orang dewasa di Ireland Utara dan 91.9 peratus orang dewasa di England kini memiliki antibodi koronavirus.

Kewujudan antibodi menunjukkan bahawa seseorang itu pernah dijangkiti Covid-19 atau telah divaksin.

Kebiasaannya, ia mengambil masa antara dua hingga tiga minggu selepas mendapat jangkitan atau vaksin bagi tubuh untuk menghasilkan antibodi yang cukup untuk melawan virus.

Antibodi ini kemudiannya akan kekal dalam darah pada tahap rendah namun ia boleh berkurangan dari masa ke masa sehingga tidak boleh dikesan lagi.

Angka dan anggaran terkini adalah dari Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) serta berdasarkan contoh keputusan ujian darah untuk minggu bermula 28 Jun lalu.

Anggaran tersebut berkaitan dengan mereka yang tinggal di rumah persendirian dan tidak termasuk penjagaan seperti hospital dan rumah jagaan warga emas.

Angka bagi semua lokasi di Britain juga menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi pada minggu-minggu terakhir menjelang Ogos.

ONS memberitahu terdapat  pola jelas antara vaksinasi dan ujian positif untuk antibodi Covid-19 tetapi pengesanan antibodi sahaja bukan satu ukuran tepat bagi perlindungan imunisasi yang diberikan oleh vaksinasi.

Selepas dijangkiti atau divaksinasi, jangka masa antibodi kekal pada tahap yang dapat dikesan dalam darah masih tidak diketahui sepenuhnya.

Ia juga belum diketahui bagaimana mempunyai antibodi yang dapat dikesan, sekarang atau pada masa lampau mampu mempengaruhi risiko mendapatkan Covid-19 semulai.

Bagaimanapun, anggaran peratusan orang dewasa yang diuji positif antibodi dijangka terus meningkat di semua wilayah di England. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI