fbpx

83.7 peratus individu lengkap dua dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 83.7 peratus atau 19,604,699 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 93.7 peratus atau lebih 21,944,808 juta individu pula sudah menerima suntikan pertama.

Setakat semalam juga, sejumlah 269,465 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara. Daripada jumlah itu, Johor terus mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 28,276 diikuti Kedah (24,541), Perak (17,701), Pahang (14,505), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (13,304), Kelantan (12,066) dan Sabah (10,746).

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara adalah lebih 42,375,862 juta. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI