fbpx
Gambar hiasan FOTO: DIYANATUL ATIQAH

Melaka tangguh buka pintu masuk 1 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Kerajaan negeri mengambil keputusan menangguhkan kemasukan pelancong domestik ke negeri ini yang sepatutnya dibuka pada 1 Oktober depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, pintu masuk itu akan dibuka setelah kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

“Pembukaan sektor pelancongan tidak akan dibuka pada 1 Oktober seperti dimaklumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada Selasa lalu.

“Selepas 90 peratus rakyat Malaysia telah divaksin barulah sektor pelancongan negeri ini akan dibuka kerana kita tidak mahu berlaku seperti di Pulau Langkawi, hari kedua sudah ada 36 kes jangkitan.

“Jadi saya kata tidak, kita kena lebih berhati-hati,” katanya semasa berucap semasa menggulung perbahasan ucapan penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929