fbpx

Lelaki ceroboh kandang untuk ‘rogol’ kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki ini dikesan menceroboh masuk ke dalam kandang kuda sebelum melakukan hubungan seksual dengan seekor kuda di situ.- Turner Hill Equestrian Center

NORFOLK, Massachusetts – Pemilik pusat ekuestrian di Amerika Syarikat terkejut apabila mendapati seorang lelaki menceroboh masuk dan melakukan hubungan seksual dengan salah seekor kuda di situ, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Perbuatan menjijikkan itu dikesan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kandang tersebut.

Kejadian tersebut berlaku pada Khamis lalu dan pelaku sedang diburu.

Pusat ekuestrian menemui rakaman tersebut dalam salah satu sistem keselamatan yang cuba dirosakkan oleh suspek.

Lelaki itu cuba menyembunyikan perbuatannya dengan mencabut wayar pada salah satu kamera tetapi ada kamera dari sudut lain yang masih berfungsi.

“Saya melihat individu ini sebagai pemangsa seks. Ia merupakan satu ancaman kepada komuniti kecil,” kata pemilik Pusat Ekuestrian Turner Hill, Hillary Swarr.

Sebaik sahaja melihat rakaman itu, Swarr terus menuju ke arah kandang kuda itu namun lelaki tersebut telah melarikan diri.

Swarr berkata dia akan menjejaki lelaki terbabit dan membawanya ke muka pengadilan. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI