fbpx

Aman Palestin seru bantu keluarga B40 yang terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penerima B40 yang terjejas menerima sumbangan keperluan asas daripada Aman Palestin. - FOTO Aman Palestin

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 1 Jun lalu menambah bebanan yang ditanggung keluarga B40 di sekeliling kita.

Baru sahaja bangkit daripada kejatuhan akibat PKP 1.0, kini penderitaan mereka tidak berkesudahan gara-gara kes jangkitan Covid-19 yang kian meningkat saban hari.

Lantaran itu, ada yang dibuang kerja, terpaksa mengikat perut dan menjamah nasi berlaukkan garam demi meneruskan hidup.

Oleh itu, Aman Palestin Berhad dengan kerjasama Kelab PERWIRA Malaysia melancarkan Tabung Perwira Covid-19 bagi membantu meringankan beban ribuan keluarga B40 yang terjejas.

Dengan tagline “Seikhlas Hati, Semampu Diri, Kita Bantu Kita”, Aman Palestin Berhad menyeru rakyat Malaysia untuk menyumbang sebanyak RM150 atau seikhlas hati dalam membantu menyediakan keperluan asas buat golongan memerlukan ketika ini.

Hasil sumbangan akan diagihkan dalam bentuk wang tunai (untuk bayaran sewaan rumah dan utiliti), barangan dapur, keperluan asas, peralatan mandian dan kit kebersihan.

Layari www.amanpalestin.co/kempen/tabung-perwira-covid-19 untuk maklumat lanjut atau ikuti Facebook dan Twitter Aman Palestin untuk kemas-kini bantuan bencana terkini mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI