fbpx

Aman Palestin: SPRM siasat aliran wang syarikat benar atau sebaliknya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam ketika bercakap pada Majlis Peluncuran Arahan Perdana Menteri No.1 Tahun 2023 sempena Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024 hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

SEPANG- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan masih dalam proses menyiasat wang dibelanjakan Aman Palestin termasuk berkaitan syarikat sama ada benar atau sebaliknya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, persoalan pihaknya ketika ini ialah mengenai bagaimana wang itu dihantar dan siapa penerimanya.

“Pertanyaan kita, betulkan wang itu dihantar bukan sahaja di Palestin dan bagaimana ia dihantar. Ini persoalan kepada kami, contohnya (mengenai) pelaburan dibuat bagi membeli bar emas.

“Ini perkara kita siasat, kalau ada isu tidak betul, kita cadang pertuduhan kepada pendakwa raya,” katanya pada Majlis Peluncuran Arahan Perdana Menteri No.1 Tahun 2023 sempena Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024 di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai adakah SPRM berjaya menjejaki aliran wang dibuat Aman Palestin, Azam berkata, perkara itu disifatkan sedikit sulit.

“Itu sedikit kesulitan, mereka dakwa sudah hantar, tetapi isunya siapa penerima.

“Perkara itu kena siasat, sebab itu ambil masa dan ia antara sebab kenapa wang dalam bank (Aman Palestin) kena sita.

“Mereka juga ada bagi nama beberapa orang (penerima), kita mensyaki siapakah individu berkenaan dan pegawai penyiasat ada banyak perkara yang mencurigakan,” jelasnya.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan dalam proses mengenal pasti aset-aset pertubuhan Aman Palestin dipercayai diperoleh hasil penyelewengan RM70 juta dana daripada sumbangan orang awam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI