fbpx

Aman Palestin: Tiga individu didakwa esok, terlibat lebih 100 pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Tiga individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menurut sumber, ketiga-tiga orang kena tangkap (OKT) yang berusia antara 40an hingga 50an itu akan didakwa pada pukul 9 pagi dengan melibatkan lebih 100 pertuduhan.

“SPRM telah menahan tiga individu kerana disyaki terlibat kes pengubahan wang haram hasil daripada penyelewengan dana derma awam Aman Palestin.

“Kesemua suspek lelaki terbabit telah ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika diminta hadir memberi keterangan,” katanya tadi.

Jelas sumber, siasatan awal mendapati kesemua OKT terlibat dengan perbuatan itu antara antara tahun 2018 hingga 2023.

Sementara itu, sumber juga telah mengesahkan bahawa OKT akan dituduh di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI