fbpx

Perintah beku akaun bank Aman Palestin tidak boleh dicabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu pembekuan 11 akuan bank Aman Palestin oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman.

Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly berhujah, perintah pembekuan itu tertakluk di bawah bidang kuasa SPRM dalam melaksanakan siasatan jenayah.

Hujah beliau, perintah pembekuan hanya dibuat setelah agensi penguat kuasa memulakan siasatan dengan alasan munasabah selepas mengesyaki mana-mana individu melakukan kesalahan pembiayaan keganasan atau aktiviti menyalahi undang-undang.

Menurut Ahmad Hanir, kuasa mengeluarkan perintah pembekuan adalah satu mekanisme siasatan dan agensi penguatkuasaan diberi kuasa mengeluarkan perintah itu apabila memenuhi beberapa syarat.

Jelasnya, peruntukan itu adalah mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Beliau menekankan, mahkamah berulang kali berpendirian bahawa fungsi atau kuasa berhubung proses siasatan jenayah tidak boleh dipertikaikan melalui semakan kehakiman.

Sementara itu, peguam Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali berhujah, pihaknya perlu dibenarkan memulakan prosiding semakan kehakiman kerana permohonan tersebut  mempunyai merit.

Peguam itu berkata, keengganan SPRM membatalkan atau mengubah perintah ‘pembekuan salah’ itu adalah tidak munasabah dan tidak mengikut peruntukan Seksyen 44 (1) Akta AMLATFPUAA.

Katanya, pembekuan itu menyebabkan kutipan dana untuk mangsa di Gaza terhenti. Keadaan menjadi lebih genting lagi apabila Program Bantuan Musim Sejuk yang menelan RM10 juta, tidak dapat disalurkan kepada mangsa di Gaza,” katanya.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Hakim Datuk Amarjeet Singh menetapkan 21 Mac ini bagi keputusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI