fbpx

Aset Aman Palestin dibeku hingga siasatan selesai – Azam Baki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan mengeluarkan sebarang dana Aman Palestin Berhad yang dibekukan agensi itu sehingga siasatan diselesaikan.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya meletakkan kepentingan yang tinggi berhubung kes ini kerana membabitkan dana awam.

“Berhubung akaun Aman Palestin yang dibekukan, SPRM masih menyiasat kesahihan transaksi dan tuntutan sebelum ini.

“Dalam isu berkenaan (gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad), SPRM tidak boleh begitu sahaja mengeluarkan dana itu sehingga semua siasatan selesai, termasuklah penjelasan diperolehi berhubung penggunaan terhadap derma awam berjumlah jutaan ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, agar SPRM membenarkan Aman Palestin Berhad menggunakan RM10 juta daripada akaun yang dibekukan untuk membantu penduduk di Gaza.

Mengulas lanjut, Azam berkata, siasatan terhadap Aman Palestin perlu dijadikan teladan bagaimana derma awam sedemikian digunakan.

“Sebagai badan penguatkuasaan antirasuah utama, SPRM memandang serius kes ini kerana ia adalah kepentingan awam,” katanya.

Terdahulu, Aman Palestin yang memberi tempoh tiga hari kepada SPRM untuk menyahbekukan akaunnya yang dibekukan sejak minggu lalu.

Peguam mewakili Aman Palestin, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, sekiranya agensi penguat kuasa itu gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan membeku sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan Aman Palestin bernilai RM15,868,762.
Pembekuan itu dilakukan selepas SPRM menjalankan siasatan terhadap dakwaan Aman Palestin menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI