fbpx

SPRM beku 41 akaun bank milik Aman Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan sebanyak 41 akaun bank bernilai RM15.86 juta milik pertubuhan amal milik Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain, semalam.

SPRM dalam kenyataan berkata, tindakan berkenaan diambil ekoran terdapat dakwaan penyalahgunaan wang sumbangan orang ramai yang telah dijalankan sejak 17 Oktober lalu.

“Sebelum ini, SPRM membuat penggeledahan di premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen-dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

“SPRM juga telah merakam beberapa keterangan saksi-saksi penting dan hasil siasatan awal mengenalpasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Jelas kenyataan itu, siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan dibawah kesalahan Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI