fbpx

Tiada kebenaran rentas negeri Hari Raya Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (dua kanan) ketika membuat lawatan ke PPV Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan hari ini.

KUANTAN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tiada kebenaran rentas negeri dibenarkan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai ini.

Beliau berkata, semua negeri kini berada dalam fasa satu dan fasa dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Saya nak beritahu yang rentas daerah, rentas negeri, di mana-mana fasa pun belum dibenarkan. Fasa satu memang tak boleh. Fasa dua pun masih tidak boleh.

“Jadi seluruh Malaysia sekarang dalam dua fasa iaitu dalam fasa satu di beberapa buah negeri dan yang berpindah ke fasa dua pun lebih kurang lapan buah negeri.

“Jadi fasa satu atau fasa dua masih belum boleh rentas daerah ataupun negeri,” katanya selepas melakukan tinjauan di pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, dekat sini, hari ini. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI