fbpx

Benitez diugut peminat Everton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENITEZ (kiri) tidak mendapat sokongan daripada peminat Everton selepas dia sah menandatangani kontrak untuk menjadi pengurus pasukan itu. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus baharu Everton, Rafa Benitez menegaskan beliau tidak takut dengan ugutan yang dibuat peminat-peminat pasukan itu sebaik sahaja mengisi kekosongan yang ditinggalkan Carlo Ancelotti.

Pengendali dari Sepanyol itu tidak memiliki hubungan yang baik dengan peminat The Toffees apabila pernah melabelkan Everton sebagai pasukan kerdil ketika mengendalikan Liverpool pada 2004 hingga 2010.

Justeru, ketika Benitez tiba di Goodison Park, peminat The Toffees sudah menyediakan kain rentang yang menggesa beliau supaya tidak menandatangani kontrak kerana mereka tahu di mana beliau tinggal.

“Secara jujur, ugutan itu langsung tidak membuatkan saya gentar kerana saya yakin ini adalah peluang terbaik untuk saya kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Tidak sukar untuk saya buat keputusan ini kerana ramai yang menyokong. Mengenai kain rentang itu, saya fikir ia mungkin hanya dilakukan oleh beberapa orang sahaja dan tidak mewakili semua peminat,” katanya.

Bekas pengurus Chelsea dan Real Madrid itu turut menjelaskan, kenyataannya pada 2007 itu adalah cerita lama dan beliau sedia untuk berikan yang terbaik kepada pasukan menjelang musim akan datang.

“Kenyataan tersebut sudah lama berlalu dan ketika itu saya sedang berjuang bersama pasukan (Liverpool). Sekarang, saya bersama pasukan ini dan sedia untuk berjuang bersama mereka pula,” ujar Benitez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI