fbpx

13,215 kes positif Covid-19 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sekali lagi rekod tertinggi negara dicatatkan hari ini apabila kes harian melaporkan sebanyak 13,215 kes menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 880,782 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan angka melebihi 6,000 dengan 6,120 kes, diikuti Negeri Sembilan sebanyak 1,603 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 1,499 kes.

“Kedah pula (695 kes), Johor (599 kes), Pulau Pinang (509 kes), Melaka (484 kes), Sabah (370 kes), Sarawak (363 kes), Perak (344 kes), Kelantan (255 kes) dan Pahang (222 kes).

“Selebihnya Terengganu (70 kes), Putrajaya (53 kes), Labuan (26 kes) dan Perlis (tiga kes),” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI