fbpx

Bertumbuk tepi jalan di Pasir Tumbuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan pergaduhan pengguna jalan raya di Pasir Tumboh, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Satu rakaman video berdurasi tiga minit 38 saat menunjukkan insiden pergaduhan melibatkan pengguna jalan raya tular di media sosial Facebook sejak malam tadi.

Video tersebut pada awalnya memaparkan berlaku pertikaman lidah antara pemandu kereta jenis Perodua Myvi dengan pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.

Kejadian yang berlaku di Pasir Tumboh di sini itu dipercayai tercetus apabila kedua-dua buah kereta itu nyaris terlibat dalam kemalangan.

Berang sewaktu berlaku pertengkaran antara mereka, pemandu kereta jenis Perodua Myvi itu telah menendang bahagian MPV Perodua Alza sehingga menyebabkan pemandunya hilang sabar.

Insiden itu telah menyebabkan berlaku pergaduhan antara mereka malah salah seorang penumpang wanita MPV tersebut yang bertudung turut sama memukul pemandu kereta Perodua Myvi.

Pergaduhan itu berjaya dileraikan oleh orang ramai dan pengguna jalan raya lain yang berada di kawasan tersebut.

Kosmo! sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak polis berhubung kejadian tersebut.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI