fbpx

Pekerja kilang wajib jalani ujian saringan dua kali seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Semua pekerja sektor perkilangan dan pembuatan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diwajibkan menjalani ujian saringan Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) sebanyak dua kali seminggu bermula 7 Julai lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, arahan itu dikuatkuasakan bagi memperketatkan lagi syarat kebenaran pengoperasian kilang di kawasan PKPD terutama di Selangor.

“Langkah awal ini dilihat mampu untuk mengenal pasti kes jangkitan Covid-19 dengan lebih awal selain dapat memastikan hanya pekerja yang disahkan negatif dibenarkan untuk ke tempat kerja.

Pihak majikan perlu memberikan kerjasama dan tanggungjawab bagi menanggung sepenuhnya kos saringan tersebut,” katanya melalui hantaran di akaun Facebook rasmi beliau hari ini.

Beliau turut meluahkan rasa kesal kerana ramai dalam kalangan pihak majikan yang memandang ringan dan tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

“Saya menyeru semua majikan agar tidak mengambil kesempatan di atas peluang yang telah diberikan oleh pihak kementerian.

“Apa yang pasti langkah penjagaan SOP yang ketat perlu seiring dengan tindakan secara praktikal bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 daripada terus merebak terutama di tempat kerja,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI