fbpx

Lelaki diburu, rempuh kereta polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan MPV yang rosak akibat dirempuh suspek ketika cuba melarikan diri.

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga tempatan sedang diburu selepas melanggar kereta peronda polis (MPV) jenis Honda Civic sebanyak dua kali di Jalan PJS 7/19, Bandar Sunway semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.25 petang itu, suspek memandu sebuah kereta jenis Proton Iswara yang pernah dilaporkan hilang pada 21 Jun lalu di sekitar Batu 9, Cheras.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kejadian berlaku selepas anggota MPV ingin melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila pemeriksaan cuba dibuat, suspek telah mengundurkan kereta dengan laju sehingga melanggar kenderaan MPV yang dinaiki dua anggota itu.

“Suspek yang menaiki kenderaan itu telah melarikan sebelum kenderaan suspek berjaya disekat di jalan susur keluar Lebuh Raya Baru Pantai (NPE),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abd Khalid memberitahu, suspek sekali lagi bertindak mengundurkan kenderaan dan melanggar kenderaan MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk kali kedua.

“Pelanggaran itu menyebabkan kenderaan MPV rosak teruk di bahagian hadapan dan tidak dapat bergerak. Suspek turut berjaya melarikan diri bersama kenderaan.

“Hebahan telah dibuat untuk menggerakkan semua elemen yang berada di lapangan untuk mengesan dan menangkap suspek. Anggota terlibat dalam kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 186 kanun yang sama kerana menghalang penjawat awam, Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana mengingkari perintah oleh penjawat awam dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI