fbpx

Nelissa muka ‘fotostat’ Ayda Jebat sangat!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NELISSA (kiri) dan Ayda Jebat dikatakan memiliki wajah seiras.

MUNGKIN ramai yang masih belum mengenali siapa Nelissa Nizam, namun jika anda menonton drama Budak Tebing 2, pasti akan perasan kelibat pelakon dimaksudkan itu.

Menariknya, walaupun sudah beberapa kali muncul dalam drama, masih ramai yang menyangka dia Ayda Jebat.

Menurut netizen, wajah Nelissa sangat mirip dengan isteri kepada Nabil Mahir itu.

Nampaknya Ayda sudah jumpa individu lain yang seiras wajahnya. Mizz Lahar sendiri tak menafikan wajah Nelissa mirip Ayda, walaupun tidak 100 peratus. Tetapi jika tidak mengenalinya pasti akan menyangka mereka adik-beradik.

Dalam ruangan komen foto Nelissa juga, ada netizen memberitahu wajahnya sama dengan pelantun lagu Parah Parah itu.

Lucunya, ada netizen yang terpaksa menerangkan kepada ahli keluarga mereka bahawa watak Maria dalam drama Budak Tebing 2 bukanlah Ayda.

“Keluarga saya asyik tanya itu Ayda Jebat ke? Jenuh nak menjawab, ini pelakon baharu, Nelissa Nizam,” kata seorang netizen.

‘Ayda Jebat fotostat’ dan ‘pengganti Ayda’. Itu antara komen lain yang menghujani Instagram Nelissa.

Tak apalah Nelissa, asalkan cara lakonan dan Ayda lain. Suka tengok watak Maria dalam Budak Tebing 2. Malahan, tidak pernah pula Nelissa cuba meniru Ayda walaupun wajah mereka hampir sama.

MIZZ LAHAR: Kasihan Zara Zya, nak buat baik pun asyik kena kecam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI