fbpx
MUHAMMAD SYUKUR tetap gigih membantu bapanya mengembala kerbau di Kampung Kubang Bujuk di Kuala Terengganu semalam – PUQTRA HAIRRY

Tragedi hawar undang gelisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Tragedi 55 ekor kerbau peliharaan keluarga Muhammad Syukur Khamis mati akibat terkena pe­nyakit hawar berdarah memberi kesan berpanjangan apabila sehingga kini keluarga ‘Mowgli Malaysia’ itu tidak menerima sebarang tempahan untuk ibadah korban.

Ketika Aidiladha tinggal dua minggu lagi, Khamis Jusoh, 65, masih termenung mengenangkan nasib apabila tiada jualan melibatkan haiwan peliharaannya yang mungkin disebabkan oleh tragedi sembilan bulan lalu yang menyebabkan dia kerugian kira-kira RM200,000.

Menurut Khamis, kebiasaannya, tempahan terhadap haiwan ternakannya untuk ibadah korban diterimanya lebih awal atau sebelum tiba bulan Zulhijjah.

“Mungkin sebab prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan penuh ini hanya baru dikeluarkan Jabatan Agama Islam Terengganu pada minggu lalu.

“Apa pun, kalau pelanggan mahu (kerbau saya sebagai ibadah korban) pada saat-saat akhir ini, syukur. Jika sebaliknya, saya anggap tiada rezeki dan percaya akan diganti dengan yang lebih baik lagi,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Khamis berkata, semua yang berlaku mempunyai hikmah kerana hanya empat ekor kerbau peliharaan di kandang di Kampung Kubang Bujuk di sini yang cukup umur dan memenuhi kriteria untuk dijadikan korban.

Jelasnya, ia disebabkan separuh daripada kerbau ternakan­nya termasuk yang sudah matang telah mati disebabkan serangan penyakit hawar berdarah pada September tahun lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN