fbpx

Pemilik kebun durian boleh mohon rentas daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahaya (dua dari kiri) menyampaikan bantuan kotak makanan kepada seorang penerima di Ipoh hari ini.

IPOH – Tiada sekatan pada pemilik kebun durian untuk memohon kebenaran merentas daerah bagi melihat tanaman di tempat lain sekiranya permohonan yang dikemukakan betul serta memenuhi syarat.

Ini kerana permohonan berkaitan adalah sama seperti mana bidang pertanian lain khususnya yang melibatkan rantaian makanan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan untuk memberi kelulusan rentas daerah bagi mereka yang memiliki kebun durian termasuk pemajak dan juga pekerja kebun.

Menurut beliau, pemilik kebun durian sama juga seperti pemilik kebun getah yang perlu berulang alik untuk mengusahakan tanaman atas tujuan pertanian.

“Kita benarkan pemilik kebun atau pemajak dan tiada halangan pada permohonan yang dikemukakan dengan bukti yang betul.

“Sebarang kegiatan pertanian memang diberi pertimbangan. Kita juga tidak akan menyukarkan pekebun-pekebun ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kotak makanan kepada 10 penerima melalui Op Bantu Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini.

Dalam perkembangan lain, Yahaya turut menasihatkan warga bandar ini agar terus kekal patuh pada arahan yang ditetapkan Ipoh kini berada pada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

Katanya, ini termasuklah larangan melakukan aktiviti riadah secara berkumpulan atau beriadah di luar dari kawasan kejiranan yang ditetapkan.

“Misalnya berada di taman permainan tetapi berbual-bual dalam kumpulan, itu tidak boleh.

“Jika hendak beriadah selagi ianya masih dalam lingkungan 10 kilometer pada kawasan tempat tinggal maka dibenarkan. Peraturannya mudah, jadi patuhlah,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI