fbpx

Graduan pendidikan saling bertukar kata semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribuan graduan pendidikan seluruh negara menyatakan keterujaan serta memberi kata semangat sesama mereka sebaik menerima pemakluman tentang pembukaan permohonan bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 semalam.

Rata-rata graduan yang meninggalkan komen di laman Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) menyatakan bahawa sudah terlalu lama menunggu peluang untuk diserap menjadi guru dan berharap ini adalah peluang untuk mereka menjadi pendidik.

Seorang graduan pendidikan dengan nama Inihariss Meran turut mengambil peluang menyatakan kesyukuran dengan peluang yang diberi malah turut mendoakan kejayaan para pemohon lain.

“Alhamdulillah. Syukur atas berita baik ini. Terima kasih atas peluang baru. Kementerian prihatin. Jangan bagi ada yang tercicir. Mereka yg lebih memerlukan, status ekonomi keluarga susah, anak perlu menyara ibu bapa diutamakan.

“Bukanlah sekadar temuduga semata-mata, peluang sama rata. Kami hargai dan raikan usaha baik ini. Didoakan semua semoga berjaya. Panjang umur murah rezeki semua warga SPP dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya.

Seorang pengguna dengan nama Hasni Rashid pula turut mendoakan kejayaan pemohon mendapatkan jawatan tersebut terutamanya di dalam keadaan sukar untuk mendapatkan pekerjaan masa kini.

“Harapan agar semua graduan pendidikan terpilih untuk pengambilan kali ini, kamu semua sudah lama menunggu berita gembira ini. Setelah sekian lama kerja tidak menentu, mencari rezeki untuk kelangsungan hidup dan bayar hutang PTPTN. Semoga dipermudahkan,” ujarnya ringkas.

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir graduan pendidikan yang bimbang sekiranya tidak berjaya dan berharap agar pihak kementerian mendahulukan graduan berlatarbelakangkan pendidikan terlebih dahulu susulan lambakan di seluruh negara.

“Mohon SPP betul-betul mengutamakan graduan pendidikan terlebih dahulu dalam urusan pengambilan guru kali ini. Moga ada rezeki untuk para graduan pendidikan yang sedang menanti-nantikan untuk diserap sebagai pendidik. Amin,” luahnya.

Terdahulu, SPP mengeluarkan satu kenyataan akhbar mengenai Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara ‘One-Off’ bagi tahun 2021 yang hebahannya akan dikeluarkan hari ini selewat-lewatnya pukul 5.30 petang.

Menurut SPP, keutamaan akan diberikan pada graduan pendidikan lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara namun akan diperluaskan kepada graduan bukan iktisas pendidikan sekiranya masih terdapat kekosongan.

Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Tuan Ikram Termizi turut mengambil kesempatan berpesan kepada semua graduan pendidikan yang akan memohon agar memperbetulkan niat dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang tenaga pengajar kelak.

“Pokoknya berbalik pada niat ya semua. Tanya diri kita sama ada jadi guru ni sebenarnya untuk apa? Adakah sebab minat sebenarnya minat atau hanya memikirkan untuk melepaskan diri atau bayaran yang kita cari.

“Sekarang guru ini nak memanusiakan manusia. Jika niat kita salah, perbetulkan balik,” pesannya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI