fbpx
ADAM mahu mengekalkan kedudukan ketiga teratas keseluruhan pada saingan CEV Moto2 musim ini.

Adam tekad kekalkan momentum pada CEV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA berbakat negara, Adam Norrodin dilihat mahu mengurangkan kesilapan agar peluangnya untuk berada di kedudukan ketiga teratas ke­seluruhan perlumbaan CEV Moto2 tampak cerah ketika perlumbaan kini berbaki empat pusingan sebelum me­labuhkan tirainya.

Pada perlumbaan di Litar Antarabangsa Algarve di Portimao, Portugal Ahad lalu, Adam gembira apabila kembali menaiki podium selepas menduduki tempat ketiga pada perlumbaan pertama.

Bagaimanapun, pada perlumbaan kedua, pelumba Liqui Moly Intact SIC Racing Team bergelut dengan jentera sebelum terjatuh pada dua pusingan terakhir sekali gus kehilangan mata penting.

“Ini podium ketiga saya pada saingan CEV dan pastinya saya sangat gembira dengan pencapaian ketika ini. Saya sedikit kecewa terutama pada perlumbaan kedua. Kali kedua saya terjatuh pada saingan itu terutama di Catalunya dan Portugal.

“Saya akui ia sangat tidak bagus untuk kutipan mata. Sepatutnya keadaan selamat di tempat ketiga tetapi perlumbaan semakin sengit kerana mata tidak terlalu jauh.

“Saya tetap bersyukur dengan apa yang saya raih ketika ini kerana tahun lalu saya tiada peluang langsung untuk menaiki podium.

“Syukur tahun ini tiga kali saya menaiki podium dan semestinya saya bersemangat untuk bekerja keras bagi mendapatkan hasil lebih baik selepas ini terutama untuk berada di tempat ketiga keseluruhan Moto2,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN